BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 29 October 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SEKOLAH RENDAH BUKIT PANGGAL TUTONG 1
28hb OKTOBER 2009
RABU
8.30 PAGI
Seramai 48 orang murid dan 6 orang guru pengawas telah mengadakan LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI RIMBA-TUNGKU. Lawatan tersebut diadakan bertujuan supaya murid-murid dapat mengetahui dengan lebih dekat fungsi ATUDB, meninjau dan melihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis 'aircrafts' dan senjata yang terdapat di Pengkalan Tentera Udara, menarik minat dan menambah pengetahuan murid tentang kerjaya sebagai Tentera Udara dan sebagai aktiviti murid selepas peperiksaan PSR.
Gambar-gambar semasa lawatan sambil belajar tersebut





Thursday, 22 October 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

RABU
21HB. OKTOBER 2009
8 PAGI


Murid-murid RENDAH ATAS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke 'OIL AND GAS DISCOVERY CENTRE"' (OGDC) Seria. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi menarik minat murid dan menambah pengetahuan murid dalam bidang sains dan teknologi, juga memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai minyak dan gas. Disamping itu mengalakkan murid-murid membuat penemuan terhadap benda-benda baru mengenai sains dan dunia disekililing mereka juga sebagai aktiviti murid selepas peperiksaan PSR

Saturday, 17 October 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

SEKOLAH RENDAH BUKIT PANGGAL
KHAMIS
15HB OKTOBER 2009
8.30 PAGI
Berlangsungnya majlis sambutan Hari Raya Aidilffitri dan Hari Guru peringkat sekolah
tahun 2009.
Untuk memeriahkan majlis diadakan acara persembahan pentas saperti nanyian beramai-ramai dan lakonan oleh murid-murid. Diadakan juga peraduan pakaian tercantik, membuat kad-kad Hari Raya dan Kad-kad Hari Guru yang dibahagikan kepada 2 ketegori iaitu RENDAH ATAS dan RENDAH BAWAH. Peraduan bilik-bilik darjah tercantik juga diadakan.
Selesai acara persembahan di teruskan acara jamuan di bilik-bilik darjah.


Wednesday, 14 October 2009

MEMBACA SURAH YASSIN DAN SEMBAHYANG SUNAT HAJAT

MASJID KAMPONG BUKIT PANGGAL
KHAMIS
1HB OKTOBER 2009
9 PAGI
Majlis membaca Surah Yassin dan Sembahyang Hajat bagi murid-murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) 2009 yg diadakan pada 5hb. hingga 8hb. Oktober 2009.
Bacaan Surah Yassin dan Sembahyang Sunat Hajat di Ketuai oleh Imam Masjid Kampong Bukit Panggal Awg. Hj. Hasmali Bin Hj. Talib.
Majlis di hadiri oleh guru-guru SR. Bukit Panggal dan Ibubapa dan Penjaga murid-murid tahun 6 2009
Semoga semua murid-murid yang terlibat akan mendapat kejayaan yang cemerlang.